21 April 2019
Telah berlangsung satu program yang julung-julung kalinya dilaksanakan, iaitu sebuah program yang melibatkan masyarakat dan warga MTST. Program ini telah dianjurkan oleh Mahasiswa Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UPSI dengan kerjasama Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin dan Masjid Mukim Kampung Berangan. Program ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seterusnya mengeratkan lagi ukhwah antara warga MTST, mahasiswa DPLI UPSI dan masyarakat setempat. Dengan bertemakan 'kerjasama erat, ukhwah sepakat', program ini telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari iaitu 19 hingga 20 April 2019.