30 Mac 2023





SELAMAT MENYAMBUT Ramadhan AL-MUBARAK
Ramadhan yang dirindui, kini kembali. Bulan pengampunan, bulan mulia, bulan ibadah.
Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadi ruang untuk perbaiki diri agar bertambah baik amalan seiring dengan umur yang dikurniakan
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengdirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu”.
Kami daripada Warga MTST ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga amalan kita diterima Allah.
"MEMBINA GENERASI AL-QURAN"
Sebagai insan yang mepunyai iman, tentu banyak persediaan yang ingin dilakukan untuk menghadapinya. Baik dari segi fizikal, mental mahupun spiritual.
Segala apa ganjaran dan peluang perlu direbut sebaiknya kerana itulah anugerah waktu yang sangat makbul diterima segala doa dan amalan serta mensuci dosa.
FORUM BICARA HUFFAZ 1.0 anjuran bersama Alumni MTST adalah forum bersempena dengan minggu HALUAN tingkatan satu. Forum ini bertujuan untuk memberi panduan terutama kepada adik-adik tingkatan satu yang baru mendaftarkan diri di asrama MTST serta ramah mesra perkongsian pengalaman Alumni-alumni MTST bersama para pelajar. Forum yang berlangsung pada 24 Mac 2022 bertempat di Masjid MTST itu dibarisi oleh 2 orang panel dan seorang moderator. Panel jemputan kali ini ialah Dr Muqri Afifi dan juga saudara Nabil Abdul Rahman manakala moderator jemputan kali ini ialah Dr Eirfan Ahmad. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu para pelajar dalam kelangsuangan pembelajaran di bumi MTST yang bertuah ini.
Seramai lebih kurang 60 orang pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2022/2023 telah hadir mendaftrakan diri pada 21 Mac 2023 seawal jam 8 pagi.
Semoga semua pelajar sentiasa bersemangat untuk meneruskan pengajian sehingga mendapat kejayaan.
PENAFIAN : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.