Majlis Graduasi Huffaz Yayasan Islam Kelantan 2018

Laporan Aktiviti
29 Januari 2019

graduasi1

Majlis Graduasi Huffaz Yayasan Islam Kelantan 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 16 Jamadil Awwal 1440H bersamaan 22 Januari 2019 bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK). Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Bentara Kanan Ustaz Hj. Ahmad Bin Yaakob Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Pengarah-pengarah Jabatan, Pengetua-pengetua Sekolah Yayasan Islam Kelantan, guru-guru pengiring dan juga yang paling berbahagia ibu dan ayah para huffaz yang diraikan. 

 

graduasi2

 

Wakil penerima anugerah dari MTSBA ialah seramai 15 orang huffaz dan juga 2 orang peserta syahadah kategori 10 juzu'. Manakala penerima anugerah keseluruhan pada majlis tersebut seramai 288 orang huffaz merangkumi 9 buah sekolah tahfiz di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

 

graduasi3

Dengan adanya majlis sambutan seumpama ini untuk meraikan para huffaz yang bertungkus lumus menyemat al-Quran di dalam dada lebih menyerlahkan lagi permata-permata ini di tengah masyarakat dan menyuburkan lagi al-Quran di dalam masyarakat.

 

graduasi4

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location