Sebahagian daripada program dan aktiviti yang melibatkan warga Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin.


khatam3

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA PERINGKAT MTSBA 2018

 Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu majlis rasmi tahunan Unit Al-Quran MTSBA untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah khatam hafazan al-Quran 30 juzuk semasa berada di MTSBA. Pengiktirafan ini adalah sebagai sokongan, galakan dan motivasi kepada pelajar untuk lebih mendekati al-Quran walaupun telah khatam hafazan 30 juzuk al-Quran.

Mukhayyam Qurani tahun ini telah diadakan di D' Geting Beach Resort, Pantai Geting, Tumpat bermula pada 26-28 Ogos 2018. Program ini melibatkan semua pelajar Maahad Tahfiz Sains Tumpat.

mukhayyam1 

hari raya

 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan pada 5 Julai 2018 bertempat di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan, Tumpat. Antara aktiviti yang diadakan pada sambutan tersebut adalah persembahan daripada pelajar-pelajar mewakili setiap kelas. Upacara berlangsung dengan jayanya.

 

galeri banner

Majlis Pelancaran Usrah peringkat MTST dan Usrah kali pertama.

Tempat   : Masjid MTST
Tarikh   : 25/1/2016
Masa   : 11.30 pagi

 

Dirasmikan oleh: Ustaz Harun (PEG. DAKWAH YIK)

MINGGU HALUAN HUFFAZ (MAHA 2015)

 Tarikh  : 19-23 Rabiul Awal 1436H bersamaan 10-14 Januari 2015
 Hari  : Sabtu hingga Rabu
 Tempat   : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin 

 

P1080042 1

1. MUQADDIMAH

       Menyahut dasar pendidikan Yayasan Islam Kelantan dan Mahaad Tahfiz Sains yang hendak melahirkan generasi yang berakhlak murni dan berkepimpinan disamping menyesuaikan palajar-pelajar baru dengan persekitaran MTST sambil merapatkan jurang dalam kalangan pelajar di samping menyediakan satu kegiatan yang dapat mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar baru.