Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzab: 72)

Telah berlangsung Majlis penyampaian watikah pelantikan kepimpinan pelajar 2020 bertempat di Dewan MTST. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi disemangatkan dengan lagu patriotik Negaraku dan Lagu Negeri Kelantan.
Majlis yang penuh bermakna ini dirasmikan oleh Inspektor Anas, Pegawai PPD Tumpat. Dalam ucapan beliau menegaskan bahawa jawatan yang dipegang bukan untuk dibanggakan bahkan untuk dilaksanakan dengan penuh amanah, jangan sesekali rasa diri sendiri baik berbanding orang lain.

Penyampaian watikah pelantikan tersebut disampaikan kepada ahlijawatankuasa badan induk seperti Badan Pengawas Sekolah, Badan Asrama dan Badan Dakwah. Watikah turut diberikan kepada badan-badan perkhidmatan seperti Badan Kaunseling, SPBT, Maktabah dan Ketua Kelas.
Jumlah keseluruhan adalah seramai 80 orang pelajar yang telah menerima watikah pelantikan. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh saudara Ahmad bin Ahmad Lutfi selaku Ketua Pengawas bagi sesi 2020.
