Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Kepimpinan MTSBA 2019

Laporan Aktiviti
01 Februari 2019

WATIKAH3

Satu majlis telah diadakan untuk membuat perlantikan bagi kepimpinan peringkat pelajar MTSBA 2019. Majlis tersebut berlangsung pada 21 Jamadil Awwal 1440H bersamaan 27 Januari 2019 bertempat di dewan MTSBA dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Supt Abdul Rashid Bin Mat Daud Ketua Polis Daerah Tumpat.

 

WATIKAH1

Pengetua yang mengiringi Yang Berbahagia Supt Abdul Rashid Bin Mat Daud Ketua Polis Daerah Tumpat untuk menyampaikan watikah perlantikan kepada Ajk Badan Disiplin merangkap Pengawas Sekolah, Ajk Badan Asrama merangkap Pengawas Asrama, Ajk Badan Dakwah, Ajk Badan Kaunseling dan juga ketua dan penolong ketua kelas.

WATIKAH6

Selepas watikah perlantikan selesai dianugerahkan, Ketua Pelajar merangkap Ketua Pengawas mengetuai para penerima anugerah perlantikan untuk membacakan ikrar kepimpinan di hadapan tetamu dan pentadbir sekolah.

WATIKAH5

Harapan warga MTSBA semoga semua permata yang lahir dari MTSBA berjaya menjadi seorang pemimpin bertaqwa untuk memimpin diri sendiri, keluarga, masyarakat dan ummah kearah yang lebih gemilang.

WATIKAH4

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location