'IDUL QURRA' 2018

Laporan Aktiviti
10 Januari 2019

khatam3

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA PERINGKAT MTSBA 2018

 Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu majlis rasmi tahunan Unit Al-Quran MTSBA untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah khatam hafazan al-Quran 30 juzuk semasa berada di MTSBA. Pengiktirafan ini adalah sebagai sokongan, galakan dan motivasi kepada pelajar untuk lebih mendekati al-Quran walaupun telah khatam hafazan 30 juzuk al-Quran.

 

khatam2

Memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam di samping menjadikan program ini sebagai panduan untuk mengkhatamkan al-Quran  dengan betul mengikut ajaran Islam demi manfaat bersama khususnya pelaja-pelajar hafiz yang telah khatam hafazan al-Quran.

Majlis berlangsung sebagaimana berikut :

Tarikh             : 27 Rabiul Awwal 1440H bersamaan 5 Disember 2019

Masa              : 9.00 pagi

Tempat          : Dewan besar MTSBA

Bil. Pelajar    : 15 orang

 

OBJEKTIF MAJLIS

- Mendorong pelajar agar dapat meningkatkan kualiti bacaan masing-masing dan dapat dijaga dengan baik.

- Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah tamat hafazan al-Quran lebih awal daripada sukatan semasa.

- Menarik minat kepada pelajar lain untuk lebih bersungguh-sungguh menamatkan hafazan.

- Mendedahkan kepada pelajar kaedah majlis khatam al-Quran yang lebih rasmi.

- Memupuk sikap yakin diri dengan hafalan apabila berada di dalam masyarakat.

- Melahirkan pelajar yang cemerlang dan celik ilmu al-Quran.

- Mengeratkan hubungan kekeluargaan antara warga MTST dan juga ibu bapa.

khatam1

  

BIL

NAMA PELAJAR

TING

1

MOHAMAD AIMAN BIN MOHD SUKI

3IR

2

MUHAMMAD MU’AZ ARIFF BIN MAZLAN

3IK

3

MUHAMMAD HAFIZUL AIMAN BIN MAHADIN

3IS

4

MUHAMMAD ‘AQEEL BIN MOHD ZUHAIRI

3IR

5

MUHAMMAD DANISH BIN MAHADI

3IK

6

MUHAMMAD BIN AHMAD LUTFI

3IK

7

MUHAMMAD ADIB BIN MUHAMMAD IZAMUDDIN

3IR

8

IZZAT ZAKWAN BIN ABDUL SALAM

3IK

9

NIK MUHAMMAD IDHAM FIKRI BIN SULAIMIN

3IS

10

MUHAMMAD ADIB BIN NORZU

3IR

11

MUHAMMAD AMIR HAZIQ BIN MAZLAN

3IS

12

MUHAMMAD NAFIS MUQRI BIN MOHD ZAINUDDIN

3IR

13

MUHAMMAD DANISH HAKIM B. MAZRI

3IR

14

ALIFF SYAFWAN BIN MOHD SAFARWI

3IK

15

MUHAMMAD FAKHRUDDIN BIN CHE ROSBI

3IR

16

SYIMIR FARHAN BIN SAMSUDDIN

3IR

 

Semoga program yang telah dijayakan ini berjalan di atas keredaan daripada Allah s.w.t. Natijahnya agar memberi sedikit sumbangan ke arah melahirkan generasi yang celik al-Quran dan hidup bersama al-Quran. Sekalung ucapan jutaan terima kasih kami dahulukan kepada semua pihak yang telah membantu bagi melihat program ini berjalan dengan lancar dan semoga usaha bersama ini dapat memberi impak positif untuk generasi tunas Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Berangan, Tumpat.

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location