1 2 3 4 4 A
Rabu, 23 Oktober 2024
. bersamaan 19 Rabiul Akhir 1446
  •  +6 097258979
  •  mtstumpat@yik.edu.my
  •  

Pencapaian Sekolah

Berikut adalah sebahagian daripada kegiatan Ko-kurikulum pelajar dan pencapaian sekolah yang sempat kami rekodkan.


The English Language Oration

Pencapaian Sekolah
21 Februari 2013

The English Language Oration Competition is an annual event for schools under Yayasan Islam Kelantan. Starting from his year 2013, the participants are now divided into 2 categories: A and B. Category A is for participants from higher forms (Form 4 and above), while Category B is for the lower secondary forms (Form 1 -3).

This year, a Form 3 student, AHMAD ZAKI ASSYATIRI BIN MOHAMAD SHUKRI, is chosen to represent our school in the oration competition held at SABK Mardziah, Kubang Batang, Tumpat on 20th February 2013. The title of his speech is ‘Natural Disaster – A lesson To Learn’ ; to be delivered within 6 minutes. Marks are given on the content (40%), fluency and pronunciation (30%) and sytle and performance (30%).

Ahmad Zaki Assyatiri won the first place beating 15 other participants from schools in Zone 3. He will be representing Zone 3 at the final level which is on 2nd April 2013 at Maahad Ahmadi, Tanah Merah.

The school would like to thank Teacher Wan Najibah bt Mohamed Noor for her coachings and congratulations to Ahmad Zaki for his good work.

MTST Johan Syarahan Bahasa Melayu Zon 3

Pencapaian Sekolah
19 Februari 2013

Tahniasyed_amirul_husainih diucapkan kepada adik Syed Amirul Husaini Bin Syed Asri dari tingkatan Dua Ibnu Khaldun atas kejayaan merangkul kejuaraan dalam pertandingan Syarahan Peringkat Zon 3 Tumpat.

Acara berlangsung pada 18 Februari 2013 yang diadakan di SABK Nurul Huda, Kajang Sebidang itu menampilkan sembilan orang wakil dari setiap kategori lelaki dan perempuan. Semua peserta menunjukkan semangat yang berkobar-kobar dan memberi saingan yang agak sengit. Namun wakil MTST telah menunjukkan persembahan terbaik beliau berbekalkan pengalaman dan tunjuk ajar dari guru dedikasi Cikgu Hamidy Mohd Noor serta sokongan dari ibu bapa dan berjaya merebut gelaran juara. Alhamdulillah..

 

Kami seluruh warga MTST turut berbangga dengan kejayaan beliau. Tahniah.

Johan Pertandingan Laman Portal Peringkat Negeri Kelantan 2011

Pencapaian Sekolah
21 Disember 2011

Tahniah kepada Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin di atas kejayaan mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Laman Portal Peringkat Negeri Kelantan (Kategori Sekolah Menengah)

johan web

Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Balai Islam Lundang bersempena dengan Karnival E-Govenment 2011 pada 15 Disember 2011. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Dr. Fadzli bin Dato' Hassan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu perjalanan portal rasmi Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin ini.

MTST Tempat ke-3 Pertandingan Animasi Peringkat Akhir MASSAK 2011

Pencapaian Sekolah
26 April 2011

panimasi

Tahniah kepada peserta MTST yang mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Animasi Peringkat Akhir MASSAK 2011. Walaupun pertama kali MTST menghantar wakil dalam pertandingan ini, namun kesungguhan dan pencapaian yang diperolehi adalah amat membanggakan. Pertandingan yang berlangsung pada 25 April 2011 itu melibatkan empat buah sekolah iaitu :

1) Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas - Johan

2) Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah - Naib Johan

3) Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat - Ke-3

4) Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu - Ke-4

MTST Johan Pertandingan Animasi - Peringkat Zon

Pencapaian Sekolah
14 April 2011

MTST 6 APRIL - Sekali lagi pelajar MTST telah mengharumkan nama baik sekolah apabila telah meraih tempat pertama dalam pertandingan animasi peringkat ZON. 

Guru pembimbing Ustaz Mohd Hanif Fadzil Bin Muhayiddin merakamkan rasa berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar bimbingannya dan akan memperbaiki lagi mutu dan kualiti persembahan dalam pertandingan peringkat akhir yang akan diadakan tidak lama lagi. Tuan Pengetua Ustaz Haji Suhaimi Bin Sulaiman juga turut melahirkan rasa bangga di atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh pelajar dan guru bagi mengharumkan lagi nama MTST.

Pasukan yang diketuai oleh adik Muhammad Aidil Syahir Bin Samsudin akan mengorak langkah ke peringkat akhir dalam masa terdekat.

Semoga warga MTST akan terus mengorak langkah dalam segala lapangan yang diceburi.

Hubungi Kami

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN
BERANGAN 16200, TUMPAT, KELANTAN.

   09-7960130 / 09-7258979
   09-7960136 / 09-7255979
   mtstumpat(a)yik.edu.my

qr

PENAFIAN : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

  • Tarikh Kemaskini :       Ahad, 13 Okt 2024.

LOG MASUK