MTST Johan Syarahan Bahasa Melayu Zon 3

Pencapaian Sekolah
19 Februari 2013

Tahniasyed_amirul_husainih diucapkan kepada adik Syed Amirul Husaini Bin Syed Asri dari tingkatan Dua Ibnu Khaldun atas kejayaan merangkul kejuaraan dalam pertandingan Syarahan Peringkat Zon 3 Tumpat.

Acara berlangsung pada 18 Februari 2013 yang diadakan di SABK Nurul Huda, Kajang Sebidang itu menampilkan sembilan orang wakil dari setiap kategori lelaki dan perempuan. Semua peserta menunjukkan semangat yang berkobar-kobar dan memberi saingan yang agak sengit. Namun wakil MTST telah menunjukkan persembahan terbaik beliau berbekalkan pengalaman dan tunjuk ajar dari guru dedikasi Cikgu Hamidy Mohd Noor serta sokongan dari ibu bapa dan berjaya merebut gelaran juara. Alhamdulillah..

 

Kami seluruh warga MTST turut berbangga dengan kejayaan beliau. Tahniah.

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location