MTST Johan Pertandingan Animasi - Peringkat Zon

Pencapaian Sekolah
14 April 2011

MTST 6 APRIL - Sekali lagi pelajar MTST telah mengharumkan nama baik sekolah apabila telah meraih tempat pertama dalam pertandingan animasi peringkat ZON. 

Guru pembimbing Ustaz Mohd Hanif Fadzil Bin Muhayiddin merakamkan rasa berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar bimbingannya dan akan memperbaiki lagi mutu dan kualiti persembahan dalam pertandingan peringkat akhir yang akan diadakan tidak lama lagi. Tuan Pengetua Ustaz Haji Suhaimi Bin Sulaiman juga turut melahirkan rasa bangga di atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh pelajar dan guru bagi mengharumkan lagi nama MTST.

Pasukan yang diketuai oleh adik Muhammad Aidil Syahir Bin Samsudin akan mengorak langkah ke peringkat akhir dalam masa terdekat.

Semoga warga MTST akan terus mengorak langkah dalam segala lapangan yang diceburi.

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location