1 2 3 4 4 A
Jumaat, 26 April 2024
. bersamaan 17 Syawal 1445
  •  +6 097258979
  •  mtstumpat@yik.edu.my
  •  

Pencapaian Sekolah

Berikut adalah sebahagian daripada kegiatan Ko-kurikulum pelajar dan pencapaian sekolah yang sempat kami rekodkan.


Pasukan Ping Pong MTST Johan Zon 3

Pencapaian Sekolah
27 Mac 2011

Sekalung tahniah kepada pasukan Ping Pong MTST kerana meraih tempat pertama dalam kejohana zon 3 yang berlangsung pada hari Sabtu 26 Mac 2011. Mereka telah melayakkan diri untuk bertanding dalam peringkat akhir MASSAK yang akan diumumkan kemudian.

Warga MTST juga merakamkan rasa bangga dengan penyertaan pasukan bola tampar dalam pertandingan peringkat zon 3 yang juga berlangsung pada hari Sabtu 26 Mac 2011 walaupun tidak berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir.

Tahniah kami ucapkan.

Pertandingan Kawad Kaki Zon 3 2011

Pencapaian Sekolah
24 Mac 2011

Warga MTST mengucapkan tahniah kepada skuad Briged Bakti MTST yang menjadi wakil MTST dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat zon 3 dan telah merangkul naib johan.

 

Penyertaan pada tahun ini hanyalah sebanyak 3 pasukan sahaja. Johan pertandingan disandang oleh skuad Bomba daripada SMU (A) Maheliah Geting dan skuad Polis daripada Maahad Muhammadi Tumpat mendapat tempat ketiga. 

Sekilas Pandang Keputusan Peringkat Zon

Pencapaian Sekolah
12 April 2009

Sepanjang bulan Mac baru-baru ini, pihak MTS Tumpat telah menyertai beberapa acara dewan dan padang bagi peringkat Zon. Untuk itu, beberapa maklumat sudah direkodkan oleh pihak IT untuk tatapan ibubapa sekalian.
 

Acara Dewan :-


1) Pertandingan Syarahan BM : Tempat ke3 (Zon)
Wakilnya ialah : Saudara Hafidz Naim bin Yusof

2) Pertandingan Syarahan BI : Saguhati (Zon)
Wakilnya : Saudara Mohd Mahir bin Che Hassan

3) Pertandingan Tilawah : Johan (Zon) Dan saguhati (Peringkat negeri)
Wakilnya : Mohd Zaim bin Zulkifli (Johan negeri tahun lepas)

4) Pertandingan Nasyid : Johan (Zon)
Solo : Mohd Syazwan bin Basil

MTS Tumpat ke Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri

Pencapaian Sekolah
12 April 2009

Pada bulan Mac baru-baru ini, kumpulan nasyid MTS iaitu kumpulan 'AL-HUFFAZ' seramai 15 orang telahpun menjuarai pertandingan nasyid peringkat zon. Sekalipun mereka baru sahaja berusia 15 tahun, namun kebolehan dan semangat mereka telah mampu menewaskan peserta yang berusia 17 dan 18 tahun. Ini adalah berkat latihan dan bimbingan daripada penasyid terlatih iaitu ustaz Mirza Alauddin bin Razali...yang merupakan ustaz yang pernah mewakili Kelantan dalam pertandingan festival Nasyid Kebangsaan menerusi kumpulan Jiil Fityan pada tahun 1997 dan 1998.

MTS Tumpat Johan Khat Peringkat Negeri

Pencapaian Sekolah
12 April 2009

Guru Khat MTS Tumpat iaitu Ustaz Afifi bin Fauzi amat berpuas hati dengan dua orang wakil MTS iaitu Amru Khalid bin Sazali kategori Khat Nasakh dan Mohd Syafiq bin Sa'idi kategori Khat Raka'ah kerana mereka berdua telah berjaya mendapat tempat pertama dalam kedua-dua kategori tersebut. Pertandingan Khat peringkat negeri Kelantan ini berlangsung pada hari sabtu, jam 9.15 pagi pada 11hb April 2009 yang bertempat di Sekolah Agama Rahmah Kenali.

Latihan dan juga pendedahan yang diberikan oleh guru khat sebelum ini iaitu Ustaz Mohd Rozeli bin Yahya dan diteruskan pula oleh ustaz Afifi bin Fauzi membuahkan hasil yang cemerlang. Walaupun Amru Khalid dan Syafiq masih berada di tingkatan tiga...namun bakat dan ketekunan mereka dalam bidang khat wajar dipuji. 

Hubungi Kami

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN
BERANGAN 16200, TUMPAT, KELANTAN.

   09-7960130 / 09-7258979
   09-7960136 / 09-7255979
   mtstumpat(a)yik.edu.my

qr

PENAFIAN : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

  • Tarikh Kemaskini :       Isnin, 27 Nov 2023.

LOG MASUK