Pertandingan Kawad Kaki Zon 3 2011

Pencapaian Sekolah
24 Mac 2011

Warga MTST mengucapkan tahniah kepada skuad Briged Bakti MTST yang menjadi wakil MTST dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat zon 3 dan telah merangkul naib johan.

 

Penyertaan pada tahun ini hanyalah sebanyak 3 pasukan sahaja. Johan pertandingan disandang oleh skuad Bomba daripada SMU (A) Maheliah Geting dan skuad Polis daripada Maahad Muhammadi Tumpat mendapat tempat ketiga. 

 

Guru penasihat Skuad Briged Bakti MTST -Ahmad Zulfahmi Bin Mohamad- merangkap penyelaras badan berunifom sekolah, berpuas hati dengan pencapaian yang telah dicapai selepas melayakkan diri melalui pertandingan saringan peringkat sekolah pada 21 Mac 2011 lalu. Walaupun majoriti pelajar yang terlibat mewakili Briget Bakti MTST adalah dari tingkatan satu dan dua, namun semangat dan komitmen yang ditunjukkan daripada peserta adalah sungguh luar biasa.

 

Sekali lagi pihak kami menghulurkan sekalung tahniah kepada skuad Briged Bakti MTST diatas kejayaan yang telah diraih. Semoga kejayaan hari ini memberi pengalaman yang berharga untuk mencorak kecemerlangan di masa hadapan.

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location