BUAL BICARA: JENTIK HATI BERSAMA PELAJAR TINGKATAN SATU
Bual Bicara bersama pelajar Tingkatan satu memberi satu ruang kepada pelajar baharu untuk lebih yakin dan bersemangat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar tahfiz di asrama. Segala perkongsian yang dikongsi oleh guru-guru dapat memberi pendedahan kepada pelajar agar lebih berdikari sekaligus dapat membentuk jati diri seorang huffaz yang dinamik.
Antara guru yang berkongsi bersama dengan pelajar ialah:
1) Ustaz Muhamad Khumene Bin Abd Razak (Warden Asrama)
2) Ustazah Asmawati Binti Ismail (Guru Al-Quran)
3) Cikgu Wan Khadejah Binti Wan Yaakob (Guru Kanan Sains)
4) En. Wan Azizi Bin Wan Yusoff ( Penyelia Asrama)
Semoga segala usaha murni ini dapat membuah hasil yang dapat dirasai oleh semua terutama ibu ayah pelajar.
Komen (0)