1 2 3 4 4 A
Selasa, 03 Oktober 2023
. bersamaan 18 Rabiul Awwal 1445
  •  +6 097258979
  •  mtstumpat@yik.edu.my
  •  

Berita dan makluman terkini berkaitan Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin.


PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2022/2023

Berita dan Makluman
21 Mac 2022

DAFTAR 1

Seramai lebih kurang 60 orang pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2022/2023 telah hadir mendaftrakan diri pada 21 Mac 2023 seawal jam 8 pagi.

DAFTAR 2

Semoga semua pelajar sentiasa bersemangat untuk meneruskan pengajian sehingga mendapat kejayaan.

DAFTAR 3

DAFTAR 4

 

Budimu disanjung jasamu dikenang

Berita dan Makluman
05 September 2021

radzuan bersara

 

Dari Bintulu ke kota Kuching
Hendak membeli raga rotan
Perpindahan saudara doa diiring
Jemput singgah bila berkesempatan

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Puan Seri Saloma seniwati agung
Tokoh anak seni Malaysia sejati
Jasa dan bakti kami sanjung
Sejambak budi setangkai hati

 

Selamat bersara untuk Cikgu Azahari@Radzuan Bin Ahmad pada 15 Ogos 2021

PELANCARAN IHYA Ramadhan MTST DAN CERAMAH AMBANG Ramadhan

Berita dan Makluman
04 Jun 2021

Ihya Ramadhan 1

12 April- Majlis Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan dan Sumbangan Tabung Ihya Ramadhan MTST telah disempurnakan oleh Pengetua MTST Ustaz Yusof Bin Abdul Kadir.

Ungkapan Ihya Ramadhan membawa maksud memeriahkan atau menghidupkan bulan Ramadhan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah demi mendapatkan keredhaan dari Allah SWT.

Ihya Ramadhan 2

Program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Badan Dakwah MTST bertujuan memupuk semangat warga MTST untuk meningkatkan penghayatan dan amalan terhadap agungnya bulan yang penuh dengan keistimewaan ini.

Program Ihya Ramadhan 2021 dimulakan dengan ceramah persediaan bagi menyambut Bulan Ramadhan.

Ihya Ramadhan 3

Selamat Datang Pengetua Baharu

Berita dan Makluman
04 Jun 2021

Selamat Datang Mudir

Warga Maahad Tahfiz Sains Berangan, Tumpat hari ini menerima kedatangan pengetua sekolah baharu iaitu Al Fadhil Ustaz Yusof bin Abdul Kadir. Ustaz Yusof bin Abdul Kadir menggantikan Ustaz Haji Muhd Safie bin Haji Ismail yang menamatkan khidmat pada 18 Februari 2021.

Ustaz Yusof bin Abdul Kadir sebelum ini berkhidmat di Maahad Tahfiz al-Quran dan Qiraat Pulai Condong.

Semoga kedatangan pengetua baharu ini akan meneruskan kesinambungan visi dan misi MTST untuk menjadi sekolah yang cemerlang dalam semua aspek.

Lambaian Kasih Perpisahan

Berita dan Makluman
18 Februari 2021

Warga MTST dalam suasana sedih dan pilu apabila Pengetua MTST Haji Mohd Safie Bin Haji Ismail menamatkan khidmat beliau secara rasmi pada hari ini. Ustaz Haji Mohd Safie telah berkhidmat sebagai pengetua di sekolah ini selama tujuh tahun dan telah berkhidmat bersama Yayasan Islam Kelantan (YIK) hampir tiga puluh tahun. Selama tujuh tahun di MTST, banyak perubahan yang dilakukan beliau terutama pada infrastuktur sekolah.

Bersama beliau, MTST turut meraikan perpisahan dua orang guru iaitu Ustaz Haji Silmi Bin Omar dan Cikgu Tengku Awanis Alim Binti Tengku Azmi dan seorang staf iaitu Nurul Faznim A. Wahab.

Bagi menghargai jasa mereka, satu majlis ringkas diadakan dalam suasana norma baharu dengan sekolah tanpa murid lantaran masih berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

IMG 7639 copyIMG 7627 copyIMG 7620 copyIMG 7611 copyIMG 7613 copy

Terima kasih atas segala budi dan khidmat. Segala jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa dikenang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

 

Hubungi Kami

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN
BERANGAN 16200, TUMPAT, KELANTAN.

   09-7960130 / 09-7258979
   09-7960136 / 09-7255979
   mtstumpat(a)yik.edu.my

qr

PENAFIAN : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

  • Tarikh Kemaskini :       Ahad, 10 Sep 2023.

LOG MASUK