Alumni MTST 2010 telah mengadakan suatu program dalam rangka untuk menzahirkan rasa rindu kepada warga MTST dan mengenang jasa para murabbi yang telah banyak berjasa kepada mereka. Program ini berlangsung selama tiga hari dua malam (21-23 April 2011) dengan penglibatan daripada 40 orang alumni 2010 dan guru-guru MTST.
Program sebegini sangat wajar diadakan agar keakraban dan hubungan di antara guru-guru dan bekas pelajar sentiasa segar terjalin. Segala kenangan lama kembali bermain diingatan apabila saling bertemu dan bersua muka, bagai baru semalam semuanya berlalu.
Pantai Seri Tujuh menjadi lokasi pilihan penganjur program dengan segala kelengkapan diatur dan diuruskan oleh pihak pelajar. Antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program tersebut:
1) Ucapan daripada para murabbi
2) Luahan hati para pelajar
3) Majlis Restu dan kemaafan
4) BBQ
5) Qiamullail
6) Senam pagi
7) Sukaneka guru-guru dan pelajar
8) Penyampaian cenderahati daripada pelajar kepada guru-guru
Cikgu Wan Najibah meluahkan rasa terharu dan gembira dengan kehadiran pelajar-pelajar yang dirindui dan berharap program seumpama ini akan terus diadakan dengan menggabungkan semua alumni MTST. Semoga segala usaha yang diadakan akan mengeratkan lagi ikatan ukhuwah mahabbah di antara seluruh warga MTST.
Komen (0)