Kebersihan Sebahagian Daripada Keimanan

Laporan Aktiviti
14 April 2011

MTST 7 APRIL - Unit Kebersihan Dan Keceriaan MTST telah mengambil langkah dalam menceriakan suasana dan persekitaran MTST dengan menganjurkan satu program yang dinamakan "Bulan Kebersihan MTST 2011".

 

Bulan Kebersihan

 Program yang dirasmikan oleh Ybrs Tuan Pengetua MTST, Ustaz Haji Suhaimi Bin Sulaiman akan berlangsung sepanjang bulan April dan disusuli dengan beberapa pertandingan kebersihan yang meliputi seluruh kawasan MTST termasuk asrama, bilik darjah dan kawasan zon masing-masing.

Program yang membawa tema "Kebersihan Sebahagian Daripada Keimanan" adalah melibatkan semua warga MTST iaitu pihak pentadbiran, guru-guru, pekerja rendah am dan pelajar bagi menhayati dan melaksanakan perintah Allah S.W.T

إن الله يحب التوابين ويحب المتطهرين

"Sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang menjaga kebersihan dan orang-orang yang sentiasa bertaubat" (Al-Baqarah : 222)

 

Harapan dari pengarah program Ustaz Mohd Shafawi Bin Salleh agar MTST menjadi sebuah sekolah tanpa sampah bermula tahun 2011. Insya-Allah…

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location