Seminar Guru Tahfiz Cemerlang Tahun 2020 Yayasan Islam Kelantan telah berlangsung dengan jayanya di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah pada hari Sabtu bertarikh 12 September 2020. Seminar khusus bidang tahfiz yang melibatkan semua guru tahfiz Yayasan Islam Kelantan itu bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.45 petang.
Seminar ini merupakan anjuran bersama YIK dan Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK).
Pelbagai pengisian yang bermanfaat telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang hebat. Antara slot pengisian yang disediakan ialah Model Tahfiz YIK oleh Ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzaman ( Pegawai Tahfiz YIK), Guru Tahfiz Cemerlang oleh Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad (Fakulti Pengajian Al Quran dan As Sunnah, USIM) dan Melahirkan Huffaz Berkualiti : Pengalaman Maahad Tahfiz Negeri Pahang oleh Dr Mohd Soleh Ramli (Pensyarah/Penyelaras Program Tahfiz Profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang).
Seminar tersebut diserikan lagi dengan perasmian penutup oleh YM Engku Rajhan bin Engku Ismail, Pengarah Yayasan Islam Kelantan.
Seramai 210 orang guru tahfiz daripada 10 buah sekolah tahfiz telah berjaya menyertai seminar ini.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga program yang dianjurkan ini dapat memberi impak yang baik kepada seluruh murabbi bidang tahfiz dan seterusnya dapat melahirkan anak didik yang lebih produktif dan kompetitif.
Komen (0)