"Lambaian Kasih, Sanjungan Budi"

Laporan Aktiviti
22 Julai 2020

IMG 20200722 231309

Tersuratnya takdir bertarikh 15 Julai 2020, telah bersaranya guru yang banyak berjasa pada MTST terutamanya dalam menyampaikan ilmu sains di Maahad Tahfiz Sains Tumpat iaitu Pn Meriam Ismail. Persaraan beliau telah memberi makna yang besar buat warga MTST. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cg Yam memiliki personaliti yang peramah dan penyayang.

IMG 20200715 WA0009

Beliau sangat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, staf-staf dan pelajar-pelajar. Beliau merupakan anak jati Tumpat yang sekarang menetap di Kg Tanjung Che Mas bersama pasangan hati Wan Zain b Wan Said. Sepanjang perkongsian hidup bersama, beliau telah dikurniakan cahaya mata seramai enam orang. Sebelum perkhidmatannya selama 15 tahun di MTST, beliau telah berkhidmat di SMUA Yunusiah Banggu selama dua tahun manakala di SMUA Meheliah Geting selama 14 tahun.

IMG 20200715 WA0018

Berdasarkan pengalaman yang banyak dan perkhidmatan yang cemerlang, Cg Yam pernah dianugerahkan anugerah perkhidmatan cemerlang oleh pihak sekolah. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan beliau sangat dihargai. Warga MTST mengucapkan selamat bersara buat Pn Meriam Ismail. Semoga sumbangan yang diberikan dinilai oleh Allah sebagai sumbangan yang mulia dan dijadikan syurga sebagai ganjaran di akhirat kelak. Amin.

 

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location