Ceramah Ambang Ramadhan

Laporan Aktiviti
06 Mei 2019

banner ceramah ramadhan

Ahad, 5 Mei- Satu program ceramah ambang ramadhan telah berlangsung di Masjid Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin melibatkan semua pelajar dan guru. Program bermula jam 11.30 pagi dan dimulai dengan slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustz Badrul  Arifin. Ceramah ini diadakan bertujuan untuk meninngkatkan pengetahuan dan penghayatan tentang  bulan Ramadhan. 

Ceramah ini juga adalah sebagai pembuka tirai kepada majlis pelancaran Ihya Ramadhan yang telah dirasmikan oleh Penolong Kanan 1, Ust Wan Mohd Amin. Program Ihya Ramadhan akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi mengisi masa pelajar-pelajar dengan amalan-amalan mahmudah sepanjang bulan Ramadhan. 

 

program ramadhan

Antara pengisian yang diadakan sepanjang ramadhan ialah Akademi Ramadhan, Tadarus Alquran, Solat sunat terawih, Tazkirah, Qiamullail, Kuliah subuh, Ceramah Badar Kubra & Nuzul Quran, Majlis khatam qura dan iftor perdana.

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location