Mukhayyam Qurani di Jeram Mengaji

Laporan Aktiviti
02 Mei 2019

qurani jeram mengaji 1

Selasa, 30 April- Telah berlangsung satu program tahunan iaitu Mukhayyam Qurani di Jeram Mengaji Agro Resort Pasir Puteh selama 3 hari  2 malam, bermula 28 hingga 30 April. Mukhayyam Qurani bertujuan mendedahkan kepada pelajar suasana yang baru dalam menghafal Al-quran. 

 

qurani jeram mengaji 2

qurani jeram mengaji 3

Mukhayyam Qurani dipenuhi dengan jadual yang padat dengan slot hafazan quran bertujuan meningkatkan lagi prestasi hafazan pelajar-pelajar. Penghargaan telah diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapat jumlah hafalan tertinggi mengikut tingkatan. Pelajar yang mendapat jumlah tertinggi hafalan telah disandang oleh Muhammad Amir Irfan bin Alwi (Tingkatan 1), Muhammad Fairuz Mifzal bin Mohd Fayzal (Tingkatan 2) dan Muhammad Fikri Ilmi bin Fauzi (Tingkatan 3). 

Harapan mudir melalui ucapan beliau di dalam perasmian penutup berharap agar pelajar-pelajar istiqomah dalam menjaga hafalan seterusnya meniingkatkan prestasi sekolah ke arah yang lebih baik. Program berakhir jam 11.30 pagi dan pelajar bertolak pulang jam 12.30 tengah hari.

galeri banner

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location