Sekolah

Soalan lazim berkaitan dengan pembelajaran, sistem persekolahan, pentadbiran dan pelajar Maahad Tahfiz Sains Tumpat.

Permohonan adalah terbuka kepada semua murid yang tamat sekolah rendah atau yang setaraf dengannya. Walaubagaimana pun, keutamaan diberikan kepada murid yang mendapat keputusan UPSR 6A pada tahun semasa. Sesi temuduga akan dijalankan kepada murid yang layak.

Borang kemasukan pelajar baru akan dikeluarkan oleh Yayasan Islam Kelantan selepas peperiksaan UPSR. Borang tersebut boleh didapatkan di pejabat Yayasan Islam Kelantan atau di pejabat Maahad Tahfiz Sains Tumpat dan lain-lain sekolah Maahad Tahfiz Sains kelolaan YIK..

[Pautan : Cara permohonan dan syarat kemasukan ke Maahad Tahfiz Sains]

Secara ringkasnya, sistem pembelajaran yang diguna pakai di Maahad Tahfiz Sains Tumpat adalah menggabungkan tiga sistem iaitu pengajian ilmu-ilmu al-Quran, ilmu diniah (arab & agama) dan ilmu akademik.

Selain daripada menghafaz 30 juzuk Al Quran, ilmu-ilmu pengajian Al-Quran adalah merangkumi ilmu qiraat, tajwid dll.

Manakala ilmu diniah diajar berasaskan sukatan universiti Al Azhar, Mesir yang telah disusun semula oleh Yayasan Islam Kelantan. Matapelajaran ini termasuk ilmu feqah, tauhid, hadis, mutalaah yang diajar dalam bahasa arab.

Sukatan akademik pula adalah berasaskan KSSM seperti mana yang diajar di sekolah menengah kebangsaan yang lain. Matapelajaran yang diajar adalah 9 matapelajaran untuk PT3 seperti matematik, bahasa inggeris dan sains.

Selepas tamat tingkatan 3 dan menduduki PT3 pelajar-pelajar ini akan diserap ke Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas dan seterusnya menduduki peperiksaan SMU di tingkatan 4 dan SPM di tingkatan 5.

** Nota : MTST hanya menawarkan pengajian hingga ke tingkatan 3

Secara umumnya sukatan hafazan al-Quran bagi Maahad Tahfiz Sains mengikut tingkatan adalah seperti berikut :

Tingkatan 1 : 6 juzuk

Tingkatan 2 : 7 juzuk

Tingkatan 3 : 6 juzuk

Tingkatan 4 : 7 juzuk

Tingkatan 5 : 4 juzuk

 

Maklumat lanjut tentang sukatan tersebut boleh didapati diruangan muat turun, ataupun dengan menggunakan pautan di bawah.

  Sukatan al-quran MTS Tumpat 

Model Sistem Tahfiz Al-Quran yang digunapakai di MTSBA adalah seperti yang telah dikeluarkan oleh Yayasan Islam Kelantan melalui buku Sistem Tahfiz Al-Quran (manual guru) Maahad Tahfiz Yayasan Islam Kelantan.

Model ini mengandungi 8 kaedah yang berturutan iaitu :

  1. Kaedah Talaqi
  2. Kaedah tulis
  3. Kaedah Hafaz
  4. Kaedah Semak
  5. Kaedah Tasmi'
  6. Kaedah Murajaah Hafazan Baru (juzu' semasa)
  7. Kaedah Murajaah Hafazan Lama (juzu' lepas)
  8. Kaedah pindah juzu'


Yuran Bulanan

Kadar yuran bulanan adalah RM300 dan boleh dibayar secara :

1. Tunai
Datang ke pejabat dan berurusan dengan pembantu kewangan.

atau

2. Bank in
Bayar secara online atau melalui ATM ke akaun

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Akaun  : Asrama Maahad Tahfiz Sains Tumpat
No akaun     03 1020 1000 2389


Bukti / slip pembayaran boleh dihantar ke Pajabat MTSBA atau diemailkan ke   mtstumpat @ gmail .com

 

Yuran Pendaftaran / Tahunan

  • Kadar yuran tahunan adalah bergantung kepada keperluan semasa dan hendaklah dibayar semasa hari pendaftaran.
  • Jumlah dan butiran bayaran tersebut akan dimaklumkan sebelum sekolah dibuka.

Antara aktiviti tahunan yang dijalankan di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin :

Mukhayyam Qurani
Pelajar akan berkampung selama beberapa hari di tempat menarik di Kelantan bagi merasai suasana baru sambil melakukan aktiviti hafalan dengan ditemani oleh murabbi.

Jaya Waris
Program bual bicara santai bersama ibu bapa pelajar.

Idul Qura
Majlis Khatam Perdana yang dilakukan setiap tahun bagi meraikan pelajar yang bejaya mengkhatam hafazan sebelum tamat pengajian di MTSBA.

Selain daripada aktiviti di atas, kami juga menjalankan majlis hari guru, hari sukan, hari keluarga, ihya Ramadhan, sambutan hari raya dan aktiviti lain yang biasa diraikan di sekolah-sekolah biasa.

Secara amnya, tiada perbezaan bagi hari cuti antara sekolah tahfiz dan sekolah kementerian. MTSBA mempunyai cuti pertengahan penggal, cuti penggal 1 dan cuti akhir tahun sama seperti sekolah biasa selain daripada cuti-cuti umum yang lain. Walaubagaimanapun tarikh dan tempoh kesemua cuti tersebut adalah tertakluk pada takwim rasmi yang dikeluarkan oleh bahagian pejabat Yayasan Islam Kelantan.

Cuti khas bagi pelajar tahfiz

Bagi sekolah-sekolah tahfiz di bawah Yayasan Islam Kelantan, telah diperuntukkan cuti khas dua hari dalam bulan-bulan tertentu untuk pelajar pulang bercuti.

Cuti Tahfiz kebiasaannya adalah sebelum atau selepas hujung minggu mejadikan empat hari cuti untuk pelajar pulang ke rumah masing-masing dan meluangkan masa bersama keluarga melainkan jika sekolah telah merancang suatu program khas untuk pelajar pada hari cuti tersebut. Ia akan dimaklumkan kepada penjaga terlebih dahulu.

Kesemua tarikh hari cuti tahfiz boleh dirujuk di dalam lampiran takwim persekolahan.

  Muat turun takwim persekolahan terbaru


Untuk sebarang idea dan maklum balas, pelawat boleh berhubung terus dengan

Bahagian pentadbiran MTSBA

No tel : 09-7258979 / 09-7960130

 

Atau sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke

Bank Muamalat

PIBG MAAHAD TAHFIZ SAINS TUMPAT

No akaun : 03 0100 0574 8710

Portal

Persoalan tentang laman web Maahad Tahfiz Sains Tumpat; aplikasi, cara penggunaan, kemaskini dan sebagainya.

Keistimewaan portal ini ialah reka bentuknya yang sesuai untuk paparan kesemua jenis browser terkini yang selalu digunakan oleh pelawat.

Ia juga telah dibangunkan dengan binaan komponen-komponen yang 'responsive' menjadikan rekabentuknya yang lebih fleksibel dan boleh dilayari dengan menggunakan pelbagai jenis peranti samada desktop, laptop, notebook, tablet atau telefon pintar seterusnya boleh disesuaikan dengan apa jua saiz resolusi.

Walaubagaimanapun, untuk memastikan tahap kefungsian yang optimum dan lancar serta paparan yang memuaskan, adalah disyor untuk dilayari menggunakan browser chrome atau firefox dengan saiz resolusi maksima yang boleh ditampung oleh peranti yang digunakan.

Perdaftaran tidak diperlukan, bahkan hampir semua makluman adalah dikhas kepada para pelawat dan ibu bapa yang ingin mengetahui perkembangan MTST. Walau bagamanapun guru perlu mempunyai akaun di web ini untuk mengakses beberapa ruangan yang hanya di khaskan kepada guru.

Setakat ini, keseluruhan maklumat yang dipaparkan adalah hasil kerjasama Unit IT dan guru bertugas yang menyumbangkan laporan dan bahan digital seperti gambar.

Kami mengharapkan lebih banyak penglibatan dari setiap unit dan badan organisasi di MTST untuk menghantar laporan dan berita menarik yang sesuai dikongsi samada berbentuk hardcopy ataupun softcopy.

Guru dan pengguna berdaftar boleh menyumbang artikel untuk dipaparkan di laman web ini. Panduan mengarang artikel boleh didapatkan di ruangan muat turun, atau dengan merujuk ruangan bantuan yang disediakan untuk editor portal MSTBA.

Pelawat juga boleh menyumbang dengan memberi / berkongsi maklumat dan idea kepada Unit IT dengan meninggalkan komen di artikel di laman web ini.

Pelawat dan warga MTST hanya boleh meninggalkan komen di artikel yang ditetap seperti artikel di ruangan berita dan aktiviti. Sila gunakan bahasa yang sesuai dan elakkan daripada menulis perkara-perkara sensitif yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada pembaca yang lain.

Setiap pelawat boleh mendapatkan avatar atau gambar  disebelah nama mereka dengan berdaftar di gravatar.com. Gambar ini akan dipautkan kepada email yang digunakan bukan sahaja di web ini, tetapi di web-web yang lain yang menggunakan gravatar.

[ Pautan : Laman Gravatar ]

Fungsi utama ruangan e-penyertaan ialah untuk mendapatkan maklum balas pelawat dan ibubapa berhubung sesuatu isu.

Keputusan undian ini akan digunakan sebagai rujukan semasa melakukan penambahbaikan fungsi portal ini. Bergantung kepada jumlah penyertaan, undian juga akan digunakan untuk mendapatkan maklum balas mengenai sesuatu isu yang boleh menentukan perjalanan sekolah di masa akan datang.

Ruangan interaktif ini disediakan sekadar hiburan dan untuk menguji tahap pengetahuan pelawat mengenai perkara berkaitan MTSBA. Kesemua jawapan boleh didapatkan di dalam artikel yang diterbitkan di portal ini.

TRIVIA

Kebiasaannya, jawapan yang tepat kepada setiap soalan akan dipaparkan kepada pelawat untuk menjadikannya trivia tetapi pihak kami bersepakat untuk menyembunyikan jawapan tersebut bagi menambahkan lagi kualiti kuiz ini. Yang mana diakhir setiap sesi kuiz, pelawat akan diberikan sijil penghargaan berdasarkan gred yang diperolehi.

SIJIL PENGHARGAAN

Ia adalah sijil tidak rasmi yang keluarkan hanya untuk simpanan peribadi peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz yang disediakan sehingga tamat. Ia tidak sah untuk digunakan dalam apa jua perkara rasmi.

Ibu bapa atau penjaga perlu memilih nama Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin di aplikasi e_waris dan kemudian masukkan no. kad pengenalan pelajar sebagai kod pengesahan.

Antara maklumat pelajar yang boleh disemak di dalam aplikasi e-Waris adalah

  1. Keputusan peperiksaan penggal dan akhir tahun
  2. Prestasi hafazan
  3. Rekod kehadiran
  4. Rekod disiplin

Alhamdulillah, kami memerlukan maklum balas dari anda. Sila gunakan borang maklum balas atau pun borang Tanyakan Soalan di sebelah untuk menghantar soalan tersebut kepada kami dan pihak kami akan cuba menjawab persoalan anda samada dengan melalui email atau dipaparkan di halaman ini.

[ Pautan: Borang maklum balas ]