MTSBA Johan Syarahan Bahasa Arab Zon TUMPAT

Pencapaian Sekolah
04 April 2019

syarahan ba21

Rabu, 3 April - Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat berjaya merangkul juara dalam Pertandingan Ilmiah KSSYIK (Zon 3) 2019 dalam syarahan bahasa Arab kategori B Lelaki. Pertandingan ini melibatkan peserta-peserta dari sembilan buah sekolah  yang terdiri daripada Maahad Muhammadi Tumpat, Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, SMU(A) Bustanus Saadah, SMU(A) Tarbiah Islamiah, SMU(A) Tarbiyah Diniah, SABK (A) Al-Ulum, SABK (A) Nurul Huda, SABK (A) Tarbiyah Mardziah dan SMU(A) Meheliah Geting. Pertandingan ini telah berlangsung di SMU(A) Meheliah Geting bermula jam 9 pagi sehingga 12.30 tengahari.

 

syarahan ba11

Wakil peserta MTST merupakan pelajar tingkatan tiga yang bernama Wan Mohd Nasaie bin Mohd Nafi. Membawa tajuk "من لايرحم لا يرحم", piala kejuaraan menjadi milik Nasaie. Menurut Ustazah Siti Adyani, merupakan guru penasihat bagi syarahan bahasa arab berkata, kejuaraan ini sebenarnya terletak pada kesungguhan peserta dan latihan yang cukup, tidak lupa juga tawakal yang tinggi kepada Allah S.W.T.

Peserta dari MTST berjaya untuk mara ke  peringkat MASSAK di Maahad Saniah Pasir Puteh, bertarikh 17 April 2019. Warga MTST berharap agar kejuaraan juga menjadi milik MTST. In shaa Allah.

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location