Permohonan Masuk Ke Maahad Tahfiz Sains Yayasan Islam Kelantan Sesi 2014

Berita dan Makluman
24 Oktober 2013

PERMOHONAN PELAJAR BARU 2014

1. Permohonan masuk pelajar ke tingkatan satu maahad dan sekolah menengah ugama (arab) yayasan islam kelantan bermula 6 oktober 2013.

2. Borang permohonan boleh didapati di maahad dan sekolah menengah ugama (arab) yayasan islam kelantan bermula 6 oktober 2013.

3. Permohonan mestilah murid-murid tahun 6 sk/srk/srjk/sri atau setaraf denganya yang lahir pada tahun 2001

 

Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

1. MAAHAD MUHAMMADI (L)

2. MAAHAD MUHAMMADI (P)

3. MAAHAD TAHFIZ SAINS

4. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.1 Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2001 adalah layak memohon masuk Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan.

1.2 Keputusan UPSR 2013 mendapat 5A

1.3 Permohonan boleh dibuat di Maahad berkenaan

1.4 Borang permohonan boleh didapati di Yayasan Islam Kelantan / Maahad kawalan / dimuat turun dari laman web YIK www.yik.kelantan.gov.my

1.5 Permohonan dibuka mulai 06 Oktober 2013 (Ahad) sehingga 2 minggu selepas keputusan UPSR diumumkan

1.6 Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan

 

UJIAN KEMASUKAN:

2.1 Semua pemohon wajib menduduki Ujian Kemasukan

2.2 Tarikh Ujian Lisan akan ditetapkan oleh pihak sekolah

2.2 Ujian bertulis akan diadakan pada 30.11. 2013 (Sabtu)

2.3 Perkara yang diuji:

2.3.1 Ujian membaca: Al - Quran - 60 markah, Jawi - 40 markah

2.3.2 Ujian bertulis: Jawi dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah

2.3.3 Ujian hafazan: Hafazan Al - Quran - 100 markah (MTS & MTQ sahaja)

 

KEPUTUSAN

3.1 Keputusan ujian dijangka akan diumumkan pada 22 Disember 2013 (Ahad)

 

PENGESAHAN

Pemohon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan belajar di Maahad berkenaan dalam masa (7)Tujuh Hari selepas keputusan ujian diumumkan

 

LAPOR DIRI

5.1 Pemohon yang berjaya dikehendaki melapor diri di Maahad berkenaan Sehari sebelum sesi persekolahan bermula

5.2 Pemohon yang tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap telah menolak tawaran belajar

 

MUATTURUN BORANG PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN

1. Borang permohonan boleh didapati di Yayasan Islam Kelantan / Maahad kawalan / dimuat turun dari laman web YIK www.yik.kelantan.gov.my (SILA KLIK DI SINI)

2. Permohonan dibuka sehingga Dua Minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.

3. Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan bersama Wang Pos RM5.00 atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan ke Maahad Kawalan.

4. Permohonan yang tidak disertakan Wang Pos tidak akan didaftar.

 

Pengarah

Yayasan Islam Kelantan

20 Zulkaedah 1434

26 September 2013

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location