MTSBA Cemerlang PMR 2011

Berita dan Makluman
26 Disember 2011

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga MTSBA di atas kecemerlangan pelajar PMR 2011. Keputusan tahun ini mencatat peningkatan yang ketara berbanding tahun lepas. Ini dapat dilihat pada Gred Purata Sekolah (GPS) pada tahun ini iaitu 1.15 berbanding 1.64 pada tahun lepas. Lebih membanggakan kesemua mata pelajaran mendapat peratus lulus 100%.

 

Seramai 11 orang (40.7%) mendapat 9A daripada 28 orang calon. 8A seramai 7 orang (25.9%), 7A seramai 5 orang (18.5%), 6A seramai 3 orang (11.1%) dan 5A hanya seorang (3.7%).

Sekali lagi warga MTSBA mengucapkan tahniah di atas kecemerlangan yang diperolehi calon-calon PMR pada tahun ini dan berharap agar kejayaan ini dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus berusaha dengan lebih gigih di masa akan datang.

 

analisa pmr 2011

Analisa PMR 2011 (klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location