Permohonan Masuk Pelajar Ke Tingkatan Satu Maahad Kawalan Untuk Tahun 2012

Berita dan Makluman
25 September 2011
Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:
 

1.MAAHAD MUHAMMADI (L)
2.MAAHAD MUHAMMADI (P)
3.MAAHAD TAHFIZ SAINS
4.MAAHAD  TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada   tahun 1999 adalah layak memohon masuk Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan.

1.2  Keputusan UPSR sekurang-kurangnya 4A 1B

1.3  Permohonan boleh dibuat di Maahad berkenaan

1.4  Borang permohonan boleh didapati di Yayasan Islam Kelantan / Maahad kawalan / boleh dimuat turun dari laman web YIK di www.yik.kelantan.gov.my

1.5  Permohonan dibuka mulai  2 Oktober 2011 (Ahad)

1.6  Tarikh tutup permohonan dua minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.
 

UJIAN KEMASUKAN :

2.1  Semua pemohon wajib menduduki Ujian Kemasukan.

2.2  Tarikh Ujian Lisan (membaca) akan ditetapkan  oleh pihak Maahad

2.3  Ujian Bertulis  akan  diadakan pada  3 Disember 2011 (Sabtu), Jam 10.00 pagi

2.4  Perkara yang diuji :

2.4.1  Ujian Lisan (membaca):

Al - Quran    - 60 markah
Jawi             - 40 markah

2.4.2  Ujian betulis:

Jawi dan Asas Pengetahuan
Agama Islam  -  100 markah

2.4.3  Ujian hafazan:

Hafazan Al - Quran - 100 markah
(MTS & MTQ sahaja)


2.5  UPSR

2.5.1 Salinan Keputusan UPSR  yang  telah disahkan hendaklah diserah ke pejabat maahad berkenaan sebaik sahaja keputusan UPSR
diumumkan.

2.5.2  Markah Bonus UPSR

1A       =   10 Markah   

2.5.3. Pemohon dikehendaki membawa Slip Asal Keputusan UPSR  semasa menghadiri ujian bertulis

KEPUTUSAN UJIAN

3.1  Keputusan ujian dijangka akan diumumkan pada 20 Disember 2011 (Selasa)

PENGESAHAN

4.1  Pemohon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan belajar di Maahad berkenaan  mulai tarikh keputusan diumumkan.

LAPOR DIRI

5.1 Tarikh lapor diri ialah pada  31 Disember 2011 (Sabtu)

5.2 Pemohon yang tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap telah menolak tawaran belajar di maahad berkenaan.


Pengarah
Yayasan Islam Kelantan


14  Syawal 1432
12  September 2011

 

** Dapatkan borang di ruangan muat turun

 

Langkah untuk borang online

 

1) Muat turun borang

2) Isi segala maklumat yang diperlukan

3) Hantar/pos borang tersebut ke Pejabat YIK disertakan wang pos atau bankdraft atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan sebanyak RM5.00.

4) Borang tanpa wangpos atau bankdraft tidak akan diproses.

 

Yayasan Islam Kelantan

 

Peti Surat 248,
15730,Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315 / 09-7128144
Fax : 09-7127806

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location