Yuran Program Kecemerlangan PMR 2011

Berita dan Makluman
04 April 2011

Merujuk kepada laporan perjumpaan Jaya Waris kali pertama, pihak pentadbiran MTST telah mengedarkan sepucuk surat kepada ibu bapa pelajar tingkatan 3 berkenaan dengan keputusan yang telah dicapai semasa perjumpaan tersebut. Antara lain yang dibincangkan dalam perjumpaan lalu ialah program kecemerlangan kepada pelajar PMR 2011 bermula Februari hingga September 2011 dengan bayaran sebanyak RM 50.00 sebulan.

surat t3

 

Pembayaran boleh dibuat secara tunai melalui Bendahari Asrama ( Ustaz Nik Mohd Amin Fadzli Bin Nik Fauzi ) atau deposit kepada akaun Asrama Maahad Tahfiz Sains Tumpat, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). No. Akaun 03-102-010002389 dan serahkan salinan Bank In slip kepada Bendahari Asrama MTST.

 

Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga segala usaha yang dicurahkan untuk melihat kecemerlangan pelajar akan mendapat ganjaran yang setimpat di sisi-Nya.

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location