MTSBA JOHAN LAMAN WEB NEGERI KELANTAN 2019

Berita dan Makluman
11 Julai 2019

WhatsApp Image 2019 07 06 at 23.09.55

 

TAHNIAH! MTSBA JOHAN PERTANDINGAN LAMAN WEB PERINGKAT NEGERI KELANTAN

‘Genggam bara api biar sampai jadi arang’. Peribahasa yang sangat sesuai diberikan kepada Unit Ict MTSBA atas usaha yang diberikan secara berterusan sehingga dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Laman Web Peringkat Sekolah Negeri Kelantan 2019. Satu pencapaian yang seharusnya dibanggakan.

Pertandingan ini disifatkan sebagai sebuah pertandingan yang agak sengit kerana ianya terbuka kepada semua sekolah yang ada di negeri Kelantan. Pertandingan kali ini telah melibatkan penyertaan 42 buah sekolah seluruh negeri Kelantan termasuk sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan dan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

WhatsApp Image 2019 07 11 at 09.32.16

Hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato' Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi pada Majlis Pembukaan Karnival Sains & Teknologi Kelantan 3.0 : Ekspo Digital Antarabangsa Kelantan 2019. Majlis yang penuh kemeriahan tersebut berlangsung pada 1 Zulkaedah 1440HH bersamaan 4 Julai 2019.

Diharapkan momentum kejuaraan ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi prestasi dari masa ke masa. In Shaa Allah..

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location