Portal MTSBA Berwajah Baru

Berita dan Makluman
12 Mac 2019

Portal telah dinaik taraf dan berwajah baru. Ini disebabkan oleh faktor semasa yang mana sebahagian pelawat kini menggunakan telefon pintar untuk melayari portal ini. Jadi ia telah dinaik taraf ke versi terkini dan menggunakan reka bentuk baru yang lebih mesra kepada pengguna.

mtst lama

(Portal MTST yang lama)

Portal ini masih mengekalkan fungsi utama yang sedia ada di mana pelawat boleh mengikuti perkembangan terkini MTST, membaca berita, menyemak keputusan peperiksaan dengan menggunakan aplikasi e-Waris, memuat turun fail dan berinteraksi dengan warga MTST secara atas talian seperti mana biasa.

Sehubungan dengan itu, kami memerlukan kerjasama dan maklum balas daripada para pelawat dan ibubapa sebagai rujukan untuk menambahbaik portal ini bagi memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna dapat ditingkatkan. Pelawat boleh membantu kami dengan melakukan undian di borang kaji selidik, mengisi buku pelawat atau meninggalkan komen di artikel-artikel yang sesuai.

Akhir kata, diharap portal ini akan dapat digunakan dengan sepenuhnya sebagai medium interaksi dan pusat penyebaran maklumat seterusnya memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

 Salam ikhlas dari,

Unit IT MTST

Komen (0)

Tiada komen untuk dipaparkan.

Tinggalkan komen

Komen sebagai tetamu.
0 Characters
Attachments (0 / 3)
Share Your Location