KOTA BHARU, 24 Ogos: Seramai 16 orang pelajar MTST telah berjaya mengkhatamkan al-Quran pada awal pagi ini jam 3.00 pagi di di Qaryah Ramadhan Dataran Stadium SultanMohamad ke IV. Acara tadarus ini merupakan acara rutin Program Ihya’ Ramadhan di Serambi Mekah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan dihoskan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Tadarus ini melibatkan beberapa buah sekolah maahad tahfiz Yayasan Islam Kelantan. Seramai 114 orang pelajar MTST telah bergilir-gilir bertadarus semenjak 17 Ogos hingga 24 Ogos pagi ini.
Pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang untuk sama-sama bertahajjud bersama dua orang imam dari Mesir yang mengimamkan solat di Qaryah Ramadhan iaitu Syeikh Rejab Saad Yaasin (imam tahun sebelumnya) dan Syeikh Ahmad Ramadhan Ayyub Muosa yang menjadi imam dua. Beberapa peserta yang terlibat melahirkan rasa keterujaan mereka kerana dipilih untuk sama-sama menjayakan acara tadarus ini. Ujar mereka, selain mendapat pengalaman baru, program ini melatih mereka meningkatkan amalan-amalan sunat di bulan Ramadhan seperti tadarus al-quran dan qiamullail yang mana kelebihan pahalanya sangat besar dan berganda-ganda.
Para peserta mengambil peluang bergambar bersama
Syeikh Ahmad Ramadhan Ayyub Muosa selepas solat Subuh.
Komen (0)