Tanggal 15 Julai 2020 merupakan hari berdukacita MTST atas persaraan seorang guru yang amat disayangi warga MTST. Setelah lebih 15 tahun berkhidmat di MTST maka tibalah jua hari perpisahan. Beliau seorang guru yang sangat berdedikasi dengan tugas yang diberikan. Beliau juga seolah-olah seorang ibu di MTST dengan sifat penyayang dan ambil berat. Selalu ceria dan fositif untuk melaksanakan tugas. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Meriam yang sarat dengan nasihat dan tidak jemu memberi tunjuk ajar. Beliau tauladan seorang pendidik.
❤️ Nama diberi Meriam bt Ismail
❤️ Menetap di Kg Tanjung Che Mas, Tumpat
❤️ Telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan hati, Wan Zain b Wan Said
❤️ Dan telah dikurniakan cahaya mata seramai 6 orang terdiri daripada 5 putera, seorang puteri
Perkhidmatan sebagai guru
3 Mac 1988 hingga November 1990 - SMU(A) Yunusiah Banggu
1 Disember 1990 hingga Disember 2004- SMU(A) Meheliah Geting
1 Januari 2005 hingga 15 Julai 2020 - Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin