21/07 2020

PERSEKOLAHAN PASCA PKP PENDEMIK COVID-19

Berita dan Makluman
21 Julai 2020

109228395 2613542122248436 5424341593855561970 n107635358 2613542082248440 5738006814943006236 n

PERSEKOLAHAN PASCA PKP PENDEMIK COVID-19

Selepas seluruh negara melalui beberapa peringkat fasa Perintah Kawalan Pergelakan bermula 18 Mac 2020 disebabkan wabak Pendemik Covid-19, sesi persekolahan kembali dibuka pada 15 Julai 2020 seperti yang telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak MTST menyambut baik keputusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Yayasan Islam Kelantan untuk membuka kembali sesi persekolahan selepas sekian lama terpaksa bercuti. Namun sedikit kekangan terpaksa dihadapi kerana asrama tidak dapat menampung keseluruhan pelajar sekaligus. Oleh itu pihak YIK meluluskan permohonan untuk menangguh sementara kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan hanya menerima masuk pelajar Tingkatan 2 dan 3 terlebih dahulu pada 15 Julai 2020.

108071603 2613542222248426 7478291562299277380 n

Sesi pendaftaran pelajar masuk ke asrama berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak. Sesi pembelajaran dengan Norma Baru juga berlangsung dengan baik dan harmoni. 

109111899 2613542172248431 986847345393604533 n

 

Pihak MTST mendoakan semoga semua warga MTST berada dalam keadaan sihat sentiasa dan seluruh Umat Islam selamat dari Pendemik Covid-19. Amin..

LOG MASUK