04/06 2021

PELANCARAN IHYA Ramadhan MTST DAN CERAMAH AMBANG Ramadhan

Berita dan Makluman
04 Jun 2021

Ihya Ramadhan 1

12 April- Majlis Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan dan Sumbangan Tabung Ihya Ramadhan MTST telah disempurnakan oleh Pengetua MTST Ustaz Yusof Bin Abdul Kadir.

Ungkapan Ihya Ramadhan membawa maksud memeriahkan atau menghidupkan bulan Ramadhan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah demi mendapatkan keredhaan dari Allah SWT.

Ihya Ramadhan 2

Program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Badan Dakwah MTST bertujuan memupuk semangat warga MTST untuk meningkatkan penghayatan dan amalan terhadap agungnya bulan yang penuh dengan keistimewaan ini.

Program Ihya Ramadhan 2021 dimulakan dengan ceramah persediaan bagi menyambut Bulan Ramadhan.

Ihya Ramadhan 3

LOG MASUK