18/02 2021

Lambaian Kasih Perpisahan

Berita dan Makluman
18 Februari 2021

Warga MTST dalam suasana sedih dan pilu apabila Pengetua MTST Haji Mohd Safie Bin Haji Ismail menamatkan khidmat beliau secara rasmi pada hari ini. Ustaz Haji Mohd Safie telah berkhidmat sebagai pengetua di sekolah ini selama tujuh tahun dan telah berkhidmat bersama Yayasan Islam Kelantan (YIK) hampir tiga puluh tahun. Selama tujuh tahun di MTST, banyak perubahan yang dilakukan beliau terutama pada infrastuktur sekolah.

Bersama beliau, MTST turut meraikan perpisahan dua orang guru iaitu Ustaz Haji Silmi Bin Omar dan Cikgu Tengku Awanis Alim Binti Tengku Azmi dan seorang staf iaitu Nurul Faznim A. Wahab.

Bagi menghargai jasa mereka, satu majlis ringkas diadakan dalam suasana norma baharu dengan sekolah tanpa murid lantaran masih berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

IMG 7639 copyIMG 7627 copyIMG 7620 copyIMG 7611 copyIMG 7613 copy

Terima kasih atas segala budi dan khidmat. Segala jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa dikenang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

 

LOG MASUK