20/11 2020

MTST RANGKUL NAIB JOHAN PERTANDINGAN LAMAN WEB

Berita dan Makluman
20 November 2020

IMG 20201120 WA0005

Setinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga MTST di atas kejayaan merangkul Naib Johan untuk pertandingan laman web peringkat sekolah-sekolah negeri Kelantan. Penyertaan pertandingan laman web disertai lebih 40 buah sekolah.

Majilis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yb Ustaz Azhar Salleh, Timbalan Exco Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi. Majlis berlangsung di Bilik Gerakan Kerajaan Negeri Kelantan pada pagi tanggal 19 November 2020 bersempena dengan Program Pembangunan Sains dan Teknologi Negeri Kelantan 2020.

Semoga MTST terus maju dan berjaya dalam Membina Generasi Al-Quran yang Dinamik.

IMG 20201119 WA0033

LOG MASUK