Setelah bertungkus lumus di awal pagi dan memerah otak menjawab soalan peperiksaan, namun pelajar-pelajar yang pintar ini masih mengikuti segala program yang dianjurkan sekolah bersempena dengan bulan Ramadhan ini dengan cekal hati. Dan rata-rata pelajar kelihatan lebih fokus semasa sesi peperiksaan walaupun sedang berpuasa.
Sepanjang bulan Ramadhan ini, banyak aktiviti keagamaan yang dianjurkan bermula dari petang hingga ke malam. Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, banyak aktiviti tersebut berpusat di masjid kebanggaan MTSBA seperti tazkirah selepas zohor, tadarrus beramai-ramai selepas asar dan bersolat sunat tarawih bersama-sama penduduk sekitar. Tidak lupa juga Qiamullail yang dijalankan pada setiap minggu iaitu pada malam jumaat.
Diharap Ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan dalam diri anak-anak ini dan segala amalan yang dilakukan diterima dan dibalas dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di akhirat nanti. Insha Allah.
Komen (0)