23/06 2019

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Guru

Laporan Aktiviti
23 Jun 2019

hari raya 01

Khamis, 20 Jun- Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin telah mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri. Kemeriahan sambutan hari raya aidilfitri tahun  ini berbeza daripada sambutan sebelumnya kerana sambutan kali ini disambut dengan dua majlis besar iaitu majlis sambutan raya enam dan hari guru secara serentak. Majlis ini telah diadakan di perkarangan perhimpunan MTSBA bagi merasai suasana ‘outdoor’ agar sambutan yang diraikan menjadi lebih santai.

hari raya 02

Majlis sambutan dimulakan dengan perarakan khas guru-guru bermula dari perkarangan pejabat hingga ke hadapan pentas diiringi bacaan selawat dan paluan kompang daripada wakil pelajar. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa daripada wakil guru, Us Mubarak selaku setiausaha Dakwah MTSBA. Majlis diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada wakil pelajar yang disampaikan oleh ketua pelajar, Luqman Hakim Sabri.

Majlis kemudian diteruskan oleh ucapan penuh hikmah daripada pengetua MTSBA, Hj Shafie Ismail. Dalam ucapan beliau, beliau menyeru agar semua murabbi sentiasa istiqomah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pelajar untuk menghormati dan menyanyagi guru-guru dengan setulus hati.

Guru-guru dibawah kepimpinan Us Khairul Hakimie dalam melafazkan ‘Ikrar Guru’ diikuti dengan nyanyian lagu ‘Guru Malaysia’ dengan penuh semangat. Seterusnya diteruskan dengan upacara perasmian dengan simbolik memotong kek yang dirasmikan oleh pengetua MTSBA.

Kemuncak keriuhan sambutan hari raya dan hari guru  diteruskan dengan persembahan pentas oleh guru-guru dan pelajar. Diselangi dengan itu,  penyampaian anugerah guru  telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Kategori anugerah guru yang dipertandingkan antaranya guru berketerampilan, guru penyayang, guru sporting, guru paling tegas, guru bermotivasi dan guru amanah.  

hari raya 03

 

hari raya 04

Selesai upacara pentas, guru-guru dan pelajar diraikan dengan jamuan hari raya yang bermacam-macam hidangan seperti kambing bakar, mi kari, ayam bakar, satay, rojak buah, ais krim dan lain-lain lagi. Jamuan tersebut mengakhiri sambutan hari raya dan hari guru peringkat sekolah pada tahun ini.

Sambutan tahun ini berjalan dengan lancar dan pengetua amat berpuas hati terhadap kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan pelajar.

 

LOG MASUK