Hijrah Perlu Pengorbanan

Oleh Syafi’ul Syafi bin Othaman

 

6 Januari 2009 - Satu ceramah sempena Maal Hijrah telah diadakan di musolla MTS. Ceramah itu telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Badrul bin Ariffin. Di dalam ceramah tersebut beliau telah menekankan beberapa perkara. Antaranya lidah kita perlulah dibasahkan dengan zikir dan tasbih. Tujuan kita berzikir adalah satu tanda kita berterima kasih kepada Allah SWT. 

 Beliau juga menyeru agar pelajar meningkatkan kesungguhan mencari ilmu. Nabi berpesan kita perlu mencari ilmu sebagaimana sabdanya.

 

?? ??? ?? ??? ????? ??? ?? ???? ???? ??? ????

 

Maksudnya : Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sehingga ia kembali ke rumahnya.

Ini bererti sepanjang kita belajar di MTS ini sebenarnya kita sedang berjihad. Andai kita mati seolah-olah mati kita adalah mati syahid. Selain daripada itu, dosa orang yang mencari ilmu akan diampunkan oleh Allah. Malah Allah juga menjamin rezeki orang yang mencari ilmu.

 

Manusia juga melalui beberapa alam iaitu :

1) Alam zurri (Rahim)

2) Alam dunia

3) Alam arwah / barzakh

4) Alam akhirat

 

Kita telah membuat perjanjian di alam zurri dengan Allah untuk beribadah kepada Allah dan tiada sekutu bagiNya. Kita seorang penghafaz Al-Quran mestilah wajib mentaati Allah dan berada di jalan yang benar. Kita perlu menekuni kembali pengorbanan orang terdahulu yang masuk Islam awal-awal lagi.

 

Semoga tahun baru ini akan memberi perubahan yang baik ke dalam diri kita. Semua orang mahukan kebaikan dan semua orang perlu berkorban untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Selamat berhijrah.!

LOG MASUK