1 2 3 4 4 A
Sabtu, 04 Disember 2021
. bersamaan 28 Rabiul Akhir 1443
  •  +6 097258979
  •  mtstumpat@yik.edu.my
  •  

Aktiviti

Sebahagian daripada program dan aktiviti yang melibatkan warga Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin.


Majlis Pelancaran Usrah bagi sesi 2020

Laporan Aktiviti
13 Februari 2020

IMG 20200212 WA0015

Telah berlangsung majlis pelancaran usrah peringkat sekolah bagi sesi 2020 di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Us Harun Bin Ismail, merupakan Pegawai Dakwah Yayasan Islam Kelantan. 

IMG 20200212 WA0013

Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dengan ucapan alu-aluan  oleh pengetua MTST.  Majlis berakhir dengan dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh Us Harun bin Ismail.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar 2020

Laporan Aktiviti
16 Januari 2020

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Al-Ahzab: 72)

IMG 20200116 WA0023

Telah  berlangsung Majlis penyampaian watikah pelantikan kepimpinan pelajar 2020 bertempat di Dewan MTST. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi disemangatkan dengan lagu patriotik Negaraku dan Lagu Negeri Kelantan. 

Majlis yang penuh bermakna ini dirasmikan oleh Inspektor Anas, Pegawai PPD Tumpat. Dalam ucapan beliau menegaskan bahawa jawatan yang dipegang bukan untuk dibanggakan bahkan untuk dilaksanakan dengan penuh  amanah, jangan sesekali rasa diri sendiri baik berbanding orang lain. 

IMG 20200116 WA0016

Penyampaian watikah pelantikan tersebut disampaikan kepada ahlijawatankuasa badan induk seperti Badan Pengawas Sekolah, Badan Asrama dan Badan Dakwah. Watikah turut diberikan kepada badan-badan perkhidmatan seperti Badan Kaunseling, SPBT, Maktabah dan Ketua Kelas.

Jumlah keseluruhan adalah seramai 80 orang pelajar yang telah menerima watikah pelantikan. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh saudara Ahmad bin Ahmad Lutfi selaku Ketua Pengawas bagi sesi 2020.

IMG 20200116 WA0029

 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Guru

Laporan Aktiviti
23 Jun 2019

hari raya 01

Khamis, 20 Jun- Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin telah mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri. Kemeriahan sambutan hari raya aidilfitri tahun  ini berbeza daripada sambutan sebelumnya kerana sambutan kali ini disambut dengan dua majlis besar iaitu majlis sambutan raya enam dan hari guru secara serentak. Majlis ini telah diadakan di perkarangan perhimpunan MTSBA bagi merasai suasana ‘outdoor’ agar sambutan yang diraikan menjadi lebih santai.

Ceramah Ambang Ramadhan

Laporan Aktiviti
06 Mei 2019

banner ceramah ramadhan

Ahad, 5 Mei- Satu program ceramah ambang ramadhan telah berlangsung di Masjid Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin melibatkan semua pelajar dan guru. Program bermula jam 11.30 pagi dan dimulai dengan slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustz Badrul  Arifin. Ceramah ini diadakan bertujuan untuk meninngkatkan pengetahuan dan penghayatan tentang  bulan Ramadhan. 

Ceramah ini juga adalah sebagai pembuka tirai kepada majlis pelancaran Ihya Ramadhan yang telah dirasmikan oleh Penolong Kanan 1, Ust Wan Mohd Amin. Program Ihya Ramadhan akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bagi mengisi masa pelajar-pelajar dengan amalan-amalan mahmudah sepanjang bulan Ramadhan. 

Mukhayyam Qurani di Jeram Mengaji

Laporan Aktiviti
02 Mei 2019

qurani jeram mengaji 1

Selasa, 30 April- Telah berlangsung satu program tahunan iaitu Mukhayyam Qurani di Jeram Mengaji Agro Resort Pasir Puteh selama 3 hari  2 malam, bermula 28 hingga 30 April. Mukhayyam Qurani bertujuan mendedahkan kepada pelajar suasana yang baru dalam menghafal Al-quran. 

Hubungi Kami

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN
BERANGAN 16200, TUMPAT, KELANTAN.

   09-7960130 / 09-7258979
   09-7960136 / 09-7255979
   mtstumpat(a)yik.edu.my

qr

PENAFIAN : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

  • Tarikh Kemaskini :       Ahad, 05 Sep 2021.

LOG MASUK