1 2 3 4 4 A
Sabtu, 04 Disember 2021
. bersamaan 28 Rabiul Akhir 1443
  •  +6 097258979
  •  mtstumpat@yik.edu.my
  •  

Aktiviti

Sebahagian daripada program dan aktiviti yang melibatkan warga Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin.


Kebersihan Sebahagian Daripada Keimanan

Laporan Aktiviti
14 April 2011

MTST 7 APRIL - Unit Kebersihan Dan Keceriaan MTST telah mengambil langkah dalam menceriakan suasana dan persekitaran MTST dengan menganjurkan satu program yang dinamakan "Bulan Kebersihan MTST 2011".

 

Bulan Kebersihan

Kem Al-Quran & Akademik (KADA 2010)

Laporan Aktiviti
12 Oktober 2010

Kem KADA

Kok Pasir, Tumpat - Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR 2010 bermula 5 Oktober sehingga 12 Oktober 2010 dan kesemua kelas di bangunan utama MTST terpaksa diguanakan bagi menampung calon yang seramai 214 orang. Oleh itu, pelajar tingkatan satu dan dua terpaksa ditempatkan diluar kawasan sekolah bagi meneruskan proses P&P.

Kem ini diadakan di Yayasan Darul Hanan, Pondok Tok Selehor, Kok Pasir, Tumpat bermula dari 2 - 7 Oktober 2010.

 

Tadarus Al-Quran di Qaryah Ramadhan

Laporan Aktiviti
24 Ogos 2010

KOTA BHARU, 24 Ogos: Seramai 16 orang pelajar MTST telah berjaya mengkhatamkan al-Quran pada awal pagi ini jam 3.00 pagi di di Qaryah Ramadhan Dataran Stadium SultanMohamad ke IV. Acara tadarus ini merupakan acara rutin Program Ihya’ Ramadhan di Serambi Mekah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan dihoskan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Tadarus ini melibatkan beberapa buah sekolah maahad tahfiz Yayasan Islam Kelantan. Seramai 114 orang pelajar MTST telah bergilir-gilir bertadarus semenjak 17 Ogos hingga 24 Ogos pagi ini.

 P8240006

Hari Keluarga MTS 2010

Laporan Aktiviti
18 Julai 2010

Tanggal 16-17 jun 2010, MTS berjaya mengadakan Hari Keluarga di Permai Calet Melawi dengan pelbagai aktiviti talah dijalankan. Sebahagian besar warga MTS hadir memberi komitmen terhadap program yang telah dilaksanakan. Walaubagaimanapun ada sebahagian warga yang tidak dapat hadir kerana mengikuti kursus pengajian dalam cuti.

Pengarah program Cikgu Nordin juga tidak sempat menghabiskan keseluruhan program dan terpaksa dihantar ke hospital pada malam tersebut bagi menerima rawatan. Kehadiran semua warga MTS seramai hampir 90 orang.

Terima kasih kepada semua pihak yang turut serta menjayakan program tersebut

Demonstrasi Untuk Palestin

Laporan Aktiviti
18 Jun 2009

Pada 18hb Januari, satu demonstarasi protes membantah serangan Yahudi ke atas umat Islam Palestin telah diadakan di MTST. Ia disertai oleh semua warga MTST dimulai dengan ceramah, seterusnya tayangan slide, perarakan dan demonstrasi. Semoga ia juga mampu dilaksanakan di tempat anda.

Hubungi Kami

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN
BERANGAN 16200, TUMPAT, KELANTAN.

   09-7960130 / 09-7258979
   09-7960136 / 09-7255979
   mtstumpat(a)yik.edu.my

qr

PENAFIAN : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

  • Tarikh Kemaskini :       Ahad, 05 Sep 2021.

LOG MASUK