1 2 3 4 4 A
Sabtu, 04 Disember 2021
. bersamaan 28 Rabiul Akhir 1443
  •  +6 097258979
  •  mtstumpat@yik.edu.my
  •  

Aktiviti

Sebahagian daripada program dan aktiviti yang melibatkan warga Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin.


Warga MTST Bersama Masyarakat

Laporan Aktiviti
21 April 2019

prog bersama rakyat banner

Telah berlangsung satu program yang julung-julung kalinya dilaksanakan, iaitu sebuah program yang melibatkan masyarakat dan warga MTST. Program ini telah dianjurkan oleh Mahasiswa Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UPSI dengan kerjasama Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin dan Masjid Mukim Kampung Berangan. Program ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seterusnya mengeratkan lagi ukhwah antara warga MTST, mahasiswa DPLI UPSI dan masyarakat setempat. Dengan bertemakan 'kerjasama erat, ukhwah sepakat', program ini telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari iaitu 19 hingga 20 April 2019. 

Program Motivasi: Student Fighter - V.A.K Learning Style

Laporan Aktiviti
13 April 2019

motivasi vak

Jumaat, 12 April- Telah berlangsung satu program motivasi di Masjid Tok Guru Kob, Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin dengan membawa tajuk Student Fighter - V.A.K Learning Style yang telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah.

Penceramah jemputan ialah Abi Saif Al-Anuar, beliau merupakan pakar motivasi yang terkenal dalam bidang psikologi.  Tujuan program motivasi ini dilaksanakan adalah untuk mengisi masa terluang pelajar pada hujung minggu serta bertujuan memberi galakan kepada pelajar agar memaksimalkan potensi  dalam pembelajaran. Selain itu, tujuan program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar supaya belajar tanpa stress serta menyedari teknik belajar yang betul. Program ini berlangsung dengan jayanya dan telah tamat jam 11 malam.

Kelas Pengukuhan Al-Quran - MAC 2019

Laporan Aktiviti
27 Mac 2019

pengukuhan1

Sekumpulan pelajar MTST yang terpilih telah mengorbankan sebahagian daripada cuti penggal mereka untuk menyertai kelas pengukuhan Al-Quran dengan ditemani oleh beberapa orang guru yang turut berkorban masa dan tenaga untuk membantu anak-anak didik mereka.

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Kepimpinan MTSBA 2019

Laporan Aktiviti
01 Februari 2019

WATIKAH3

Satu majlis telah diadakan untuk membuat perlantikan bagi kepimpinan peringkat pelajar MTSBA 2019. Majlis tersebut berlangsung pada 21 Jamadil Awwal 1440H bersamaan 27 Januari 2019 bertempat di dewan MTSBA dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Supt Abdul Rashid Bin Mat Daud Ketua Polis Daerah Tumpat.

Majlis Graduasi Huffaz Yayasan Islam Kelantan 2018

Laporan Aktiviti
29 Januari 2019

graduasi1

Majlis Graduasi Huffaz Yayasan Islam Kelantan 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 16 Jamadil Awwal 1440H bersamaan 22 Januari 2019 bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK). Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Bentara Kanan Ustaz Hj. Ahmad Bin Yaakob Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Pengarah-pengarah Jabatan, Pengetua-pengetua Sekolah Yayasan Islam Kelantan, guru-guru pengiring dan juga yang paling berbahagia ibu dan ayah para huffaz yang diraikan. 

Hubungi Kami

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN
BERANGAN 16200, TUMPAT, KELANTAN.

   09-7960130 / 09-7258979
   09-7960136 / 09-7255979
   mtstumpat(a)yik.edu.my

qr

PENAFIAN : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

  • Tarikh Kemaskini :       Ahad, 05 Sep 2021.

LOG MASUK