24/10 2013

Kem Al-Quran Dan Bahasa Arab (KADA 2013)

Laporan Aktiviti
24 Oktober 2013

kada2013a

Kem Al-Quran & Bahasa Arab (KADA 2013) ini diadakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar tingkatan satu dan dua dapat terus berlangsung walaupun kelas terpaksa diadakan di luar kawasan sekolah.

 Program ini adalah antara program tahunan MTST setiap kali Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah bermula. Program ini merupakan salah satu langkah inisiatif pihak sekolah bagi memastikan kelangsungan pembelajaran pelajar tingkatan satu dan dua berjalan dengan baik. Pada tahun 2013, Peperiksaan PMR 2013 bermula 2 Oktober sehingga 8 Oktober 2013. Oleh itu, pelajar tingkatan satu dan dua terpaksa dipindahkan ke satu kem bagi memberi peluang kepada calon PMR dapat memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap peperiksaan tanpa ada sebarang gangguan disamping dapat memastikan pembelajaran pelajar tingkatan satu dan dua tidak tergendala.

kada2013b

kada2013c

 

Objektif Program

1. Memastikan sukatan tahunan Al-Quran dapat dihabiskan.

2. Memberi kelainan suasana P&P agar pelajar sentiasa bermotivasi.

3. Melazimkan pelajar dengan amalan kerohanian melalui qiamullail dan zikir munajat.

4. Mengkhatam buku kalimah Bahasa Arab.

5. Bertutur dan menghafal hiwar harian.

6. Membina ayat mudah dalam Bahasa Arab.

 

LOG MASUK