1 2 3 4 4 A
Ahad, 17 Oktober 2021
. bersamaan 10 Rabiul Awwal 1443
  •  +6 097258979
  •  mtstumpat@yik.edu.my
  •  

Aktiviti

Sebahagian daripada program dan aktiviti yang melibatkan warga Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin.


KEM PEMANTAPAN HAFAZAN ALQURAN 2020

Laporan Aktiviti
11 Oktober 2020

IMG 20201011 WA0011

Hari ini bermulanya Kem Pemantapan Hafazan Al-Quran 2020 peringkat MTST yang dijadualkan sehingga 28 Oktober 2020. Kem ini dirancang berikutan peratusan pelajar cemerlang dan peratusan pelajar lemah agak merosot berbanding peratusan bulan semasa tahun 2019. Unit Al-Quran MTST memandang serius akan hal tersebut seterusnya mengambil tanggungjawab merangka satu program bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

FB IMG 1602392454495

FB IMG 1602392431240

Kem Pemantapan Hafazan Al-Quran 2020 dimulakan dengan bengkel hafazan mengikut kategori pelajar yang dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut tahap pencapaian masing-masing. Seterusnya diikuti dengan ceramah umum khusus bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti hafazan sehingga mampu berjaya khatam 30 juz Al-Quran. InshAllah.

Kem akan berlangsung selama dua minggu dan bakal dirasmikan penutup kem pada 28 Oktober 2020. 

 

SEMINAR MENINGKATKAN PROFESSIONALISME GURU-GURU MAAHAD TAHFIZ YIK

Laporan Aktiviti
20 September 2020

IMG 20200917 WA0020

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya sebuah program seminar yang dirancang khusus buat guru-guru di Maahad Tahfiz YIK. Seminar ini telah berlangsung pada hari Khamis bertarikh 17 September 2020 di Hotel Elite Tunjong. 

Tujuan seminar ini diadakan bagi memperjelaskan dasar pendidikan rabbani  dan seterusnya dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

 

 

Seminar Guru Tahfiz Cemerlang (GTC) 2020 YIK

Laporan Aktiviti
13 September 2020

IMG 20200913 WA0006

Seminar Guru Tahfiz Cemerlang Tahun 2020 Yayasan Islam Kelantan telah berlangsung dengan jayanya di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah pada hari Sabtu bertarikh 12 September 2020. Seminar khusus bidang tahfiz yang melibatkan semua guru tahfiz Yayasan Islam Kelantan itu bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.45 petang.

Seminar ini merupakan anjuran bersama YIK dan Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK).

Pelbagai pengisian yang bermanfaat  telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang hebat. Antara slot pengisian yang disediakan ialah Model Tahfiz YIK oleh Ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzaman ( Pegawai Tahfiz YIK), Guru Tahfiz Cemerlang oleh Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad (Fakulti Pengajian Al Quran dan As Sunnah, USIM) dan Melahirkan Huffaz Berkualiti : Pengalaman Maahad Tahfiz Negeri Pahang oleh Dr Mohd Soleh Ramli (Pensyarah/Penyelaras Program Tahfiz Profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang).

WhatsApp Image 2020 09 12 at 4.21.04 PM

Seminar tersebut diserikan lagi dengan perasmian penutup oleh YM Engku Rajhan bin Engku Ismail, Pengarah Yayasan Islam Kelantan.

Seramai 210 orang guru tahfiz daripada 10 buah sekolah tahfiz telah berjaya menyertai seminar ini. 

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga program yang dianjurkan ini dapat memberi impak yang baik kepada seluruh murabbi bidang tahfiz dan seterusnya dapat melahirkan anak didik yang lebih produktif dan kompetitif.

IMG 20200913 WA0007

 

 

"Lambaian Kasih, Sanjungan Budi"

Laporan Aktiviti
22 Julai 2020

IMG 20200722 231309

Tersuratnya takdir bertarikh 15 Julai 2020, telah bersaranya guru yang banyak berjasa pada MTST terutamanya dalam menyampaikan ilmu sains di Maahad Tahfiz Sains Tumpat iaitu Pn Meriam Ismail. Persaraan beliau telah memberi makna yang besar buat warga MTST. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cg Yam memiliki personaliti yang peramah dan penyayang.

IMG 20200715 WA0009

Beliau sangat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, staf-staf dan pelajar-pelajar. Beliau merupakan anak jati Tumpat yang sekarang menetap di Kg Tanjung Che Mas bersama pasangan hati Wan Zain b Wan Said. Sepanjang perkongsian hidup bersama, beliau telah dikurniakan cahaya mata seramai enam orang. Sebelum perkhidmatannya selama 15 tahun di MTST, beliau telah berkhidmat di SMUA Yunusiah Banggu selama dua tahun manakala di SMUA Meheliah Geting selama 14 tahun.

IMG 20200715 WA0018

Berdasarkan pengalaman yang banyak dan perkhidmatan yang cemerlang, Cg Yam pernah dianugerahkan anugerah perkhidmatan cemerlang oleh pihak sekolah. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan beliau sangat dihargai. Warga MTST mengucapkan selamat bersara buat Pn Meriam Ismail. Semoga sumbangan yang diberikan dinilai oleh Allah sebagai sumbangan yang mulia dan dijadikan syurga sebagai ganjaran di akhirat kelak. Amin.

 

PESKO 2020 @ MTST

Laporan Aktiviti
24 Februari 2020

IMG 20200215 WA0022

Telah berlangsung PESKO MTST bagi tahun 2020. PESKO pada tahun ini disambut dengan penuh meriah dan bersemangat oleh para pelajar dan guru.  Kemuncak PESKO berlangsung pada hari Khamis pada tarikh 13 Feb 2020. upacara kemuncak PESKO berjalan dengan lancar walaupun dalam cuaca buruk . Upacara kemuncak dirasmikan oleh YB Hj Roslan,  Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan.  Tahun ini juara keseluruhan dimenangi oleh pasukan rumah kuning.  

IMG 20200215 WA0023

 

 

Hubungi Kami

MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN
BERANGAN 16200, TUMPAT, KELANTAN.

   09-7960130 / 09-7258979
   09-7960136 / 09-7255979
   mtstumpat(a)yik.edu.my

qr

PENAFIAN : Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

  • Tarikh Kemaskini :       Ahad, 05 Sep 2021.

LOG MASUK